Alat bantu pendengaran, pada awalnya, berfungsi dengan menguatkan bunyi, termasuk bunyi bising yang tidak diperlukan. Ini mengganggu keselesaan pengguna dan menghalang mereka daripada memperolehi kehidupan yang lebih berkualiti.
Kini, fasa baru teknologi digital melihatkan kemajuan mikrofon pada alat tersebut. Mikrofon menerima bunyi dan kemudiannya ditukarkan menjadi aliran eletrik. Aliran elektik ini akan dianalisa dengan serta merta oleh pemprosessor bunyi. Bahagian frekuensi yang dipilih mengikut ketetapan program komputer, akan ditukarkan kepada gelombang bunyi yang lebih kuat. Teknologi ini meningkatkan kualiti bunyi dan pada masa yang sama mengurangkan gangguan bunyi, justeru itu memberikan pendengaran yang lebih nyaman dan selesa.
Keselesaan alat bantu pendengaran juga dipengaruhi oleh tahap pendengaran, tetapan program komputer, jumlah mikrofon, teknologi pembersihan suara, tahap bunyi persekitaran, tahap kesedaran pengguna alat, pengalaman pengguna dan pendengaran stereo atau mono.
Namun sehingga kini tiada alat bantu pendengaran yang dapat menghilangkan bunyi bising. Sesuatu bunyi dikatakan bising mungkin dikatakan selesa pada orang lain. Bunyi pasar memang lebih bising kalau dibandingkan bunyi di perpustakaan. Kita harus menerima hakikat bahawa masalah bunyi bising ialah sebahagian kehidupan harian. Malah kalau diteliti, bunyi yang bising itu datang dari beberapa sumber suara berbeza. Kalau kita membuat latihan mendengar, kita dapat mengenal pasti sumber bunyi dan ke”bising”an itu akan berkurangan.
Dengan ringkasnya, keselesaan alat bantu pendengaran mengambil masa untuk otak kita menerima hakikat bunyi persekitaran kita memang terdiri daripada campuran beberapa sumber bunyi.