Bateri alat bantu pendengaran merupakan komponen penting dalam fungsi alat bantu pendengaran. Bagi memastikan alat bantu dengar berfungsi dengan baik, jenis bateri yang digunakan mesti tepat. Walau pun bateri jam tangan atau bateri kalkulator nampak serupa, ia tidak boleh digunakan untuk alat bantu dengar.
Secara amnya, terdapat 4 jenis bateri alat bantu pendengaran dengan no. kod – 675, 13, 312, 10. Setiap saiz bateri juga menggunakan kod warna selain kod nombor iaitu:
- Warna Biru untuk saiz bateri 675
- Warna Jingga untuk saiz bateri 13
- Warna Perang/Coklat untuk saiz bateri 312
- Warna Kuning untuk saiz bateri 10
Bateri saiz 10 tidak sesuai digunakan pada alat bantu pendengaran yang menggunakan bateri saiz 312 dan sebaliknya juga tidak boleh.
Sekiranya kita menggunakan bateri yang betul, alat bantu pendengaran akan berfungsi dengan jelas. Terdapat beberapa pengilang bateri alat bantu pendengaran, yang penting ialah saiznya. Lihat contoh bateri yang dikilangkan oleh PHONAK, SIEMENS, RAYOVAC dan OTICON dibawah.



