Alat Bantu Dengar Digital

Nota: Dikemaskini pada September 2014

Alat Bantu Dengar

Kebolehan bertutur merupakan faktor penting dalam kehidupan seharian. Untuk berkomunikasi dengan berkesan kita perlu pendengaran yang baik. Masalah pendengaran mengganggu komunikasi yang lancar. Namun, masalah pendengaran boleh diatasi dengan pemasangan alat bantu dengar yang besesuaian.

PHONAK_SkyQ

Di Melaka, Malaysia, Jensen Hearing membantu anak-anak dan dewasa yang mengalami masalah pendengaran. Kami bukan sahaja menjual alat bantu pendengaran tetapi memberi khidmat nasihat serta pemeriksaan pendengaran yang rapi. Kami juga menyediakan pelbagai jenama alat bantu pendengaran yang bersesuaian untuk dicuba sebelum dipasangkan pada anak-anak atau orang yang mengalami masalah pendengaran.

Alat Bantu Dengar (ABD) atau alat bantu pendengaran (ABP) sekarang amat canggih namun pemilihan alat yang sesuai amat penting. Teknologi alat bantu pendengaran sekarang jauh lebih maju dengan sistem pemprosesan suara yang cepat dan berkesan. Alat Bantu Pendengaran sekarang boleh dipadankan dengan sistem bluetooth telefon bimbit serta disambung pada sistem televisyen untuk mendengar dengan lebih jelas.

Kanak-kanak menyukai warna yang menarik, oleh itu, terdapat alat bantu pendengaran kini yang direka khas untuk kanak-kanak contohnya alat bantu pendengaran siri SKY dari PHONAK.

skyQ_Melaka
PHONAK SKY Q

Selain daripada reka bentuk dan warna serta paparan menarik, alat bantu pendengran terkini juga menggunakan ilmu daripada kajian yang terus dijalankan untuk meningkatkan kejelasan serta keselesaan semasa mendengar di semua situasi. Alat Bantu Dengar dari OTICON, Denmark menggunakan kajian yang meneliti bagaimana otak manusia memproses suara yang dinamakan sistem pendengaran “Brain Hearing”.

Datanglah ke Jensen Hearing untuk mendapat khidmat nasihat pendekatan terbaik untuk masalah pendengaran anda.

Hubungi kami di talian 06-2881407